Sunday 7 April 2013

Be Better Each Day With DU'A


"The best give you could give and receive is DU'A"

Assalamualaikum WBT,

Doa, Doa , Doa..
Ape sebenarnya DOA ni? 
nah, ini definisi sebenar doa bagi yang tidak mengetahui :) ;
Doa adalah rayuan kepada Allah (Tuhan) untuk penganut Islam.

Sabda Rasulullah s. a. w :- “Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.”

And you know what? ;


Beberapa hari yang lalu saya ada join program SPIES [ Spiritual , Physical , Intellectual , Emotional , and Social ] .Salah satu perkara yang saya dpt dlm program tu ialah tips2 berdoa :

1) Sebelum doa, tarik nafas 3 kali dan kali ketiga sebutkan doa anda.Oh ya, tarik nafas kali ke empat dan     Aminkan doa tersebut. :)
2) Doa setelah anda bersin.
3) Doa kena spesifik! cth: "Ya Allah, untuk SPM 2013 ni, saya nak dapat 11A+".

Yang diatas ni hanya beberapa tips berdoa. nah, yang ni waktu mustajab berdoa ;
  • Ketika waktu hujan
  • Ketika mahu membuat kebaikan
  • Ketika berada dalam kesusahan
  • Ketika diri dianiaya
  • Ketika mendapat kesenangan
  • Ketika berdoa kedua ibu-bapa
  • Ketika waktu Subuh (Waktu Fajar)
  • Ketika Waktu Maghrib (Waktu matahari sedang terbenam)
  • Ketika waktu sepertiga malam(sekitar pukul 3 pagi sehingga pukul 6 pagi (diwaktu ambang subuh setiap hari)
  • Ketika dalam keadaan bersabar menanggung penderitaan dan kesusahan
  • Ketika waktu malam lailatul Qadar (malam yang lebih baik dari seribu bulan menurut Al-Quran,pada malam ini Allah akan memberkati hambanya yang sanggup berjaga malam dan berdoa kepadaNya semata-mata untuk mendapat kan keberkatan dari Allah SWT.Malam Lailatul Qadar masih tidak dapat dipastikan waktunya dengan tepat,namun Nabi Muhammad bersabda "carilah malam Qadar pada sepertiga malam terakhir pada 27 Ramadhan ataupun pada 10 malam terakhir Ramadhan")
  • Selepas laungan Azan berkumandang
  • Selepas Iqamat dibacakan
  • Sewaktu berzikir,berselawat,tahlil,tahmid,tasbih,takbir kepada Allah dan Rasullullah
  • Ketika besendirian dengan mengingati Allah SWT
  • Ketika dalam ketakutan
  • Ketika waktu hendak/selepas makan
  • Ketika hendak memulakan pengajian/mengakhirinya
  • Ketika hendak/bangun dari tidur
  • Ketika masuk/keluar tandas
  • Ketika mendapat kejayaan dan kemenangan
  • Ketika hendak berniat puasa
  • Ketka hendak mengambil air sembahyang (wuduk)
  • Ketika waktu memulakan/mengakhiri bacaan Al-Quran
  • Sewaktu membaca Hadis
  • Sewaktu menaiki/turun dari kenderaan
  • Sewaktu memakai pakaian dan wangian yang baik-baik kerana Allah SWT
  • Sewaktu sujud dan rukuk kepada Allah SWT dalam solat
  • Ketika berharapkan sesuatu kejayaan/kemahuan dan meminta keampunan daripada Allah SWT
  • Sewaktu melakukan pekerjaan yang baik-baik.
  • Sewaktu masuk/dalam/keluar rumah
  • Sewaktu melawat orang sakit dan mendoakan kebaikan dan kesihatannya
  • Doa anak-anak yang soleh
  • Sewaktu gerhana bulan
  • Sewaktu gerhana matahari
  • Sewaktu meminta hujan

That's all. This is a few pics about Du'a. Enjoy and take lessons from this pictures ! :) 











No comments:

Post a Comment